APA ITU KAUNSELING
Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
OBJEKTIF KAUNSELING
• Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan.
• Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah.
• Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.
• Menolong klien menyelesaikan masalahnya.
TUJUAN KAUNSELING
• Memberi Maklumat-Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
• Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor
• Menggalakkan Celik Akal-Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran). Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya
• Memberi Sokongan-Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
• Penyelesaian Konflik-Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak). Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan
• Membuat keputusan-Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan. Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil
VISI, MISI DAN FALSAFAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN &KAUNSELING
VISI
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif,teraputik dan Efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan Berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan Kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan Demi kecemerlangan pelajar dan sekolah.
MISI
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguhsungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu Pelajar dari aspek penggayaan, perkembangan,pencegahan Dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, Ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam Menghasilkan masyarakat madani melalui perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling yang berkesan serta berhemah Berteraskan falsafah pendidikan negara.
FALSAFAH
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh Digembling secara optimum menerusi pengurusan Menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang Cekap,berkesan dan beramanah berteraskan sumber Dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang Dari aspek intelektual, emosi dan rohani serta beriman dan Beramal soleh.
KERJAYA
Menurut Hall (1976) kerjaya adalah kerja yang berterusan / kesinambungan berkaitan dengan pengalaman dan sikap yang berlaku dalam kehidupan individu. Juhairy Haji Ali (2000) menyatakan bahawa kerjaya juga boleh didefinisikan sebagai persepsi seseorang individu, satu sikap dan tingkahlaku individu yang berkaitan dengan aktiviti kerja serta pengalaman dalam kehidupan individu. Mohd Fadzil Che’ Din (2001) menegaskan bahawa kerjaya adalah kerja atau aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan-keperluan psikologikal, ekonomikal dan sosioligikal individu dan ini direalisasikan dengan bekerja hingga berjaya.
Kerjaya merujuk juga kepada bagaimana individu melihat diri mereka dan hubungannya dengan apa yang dilakukan. Ianya juga merujuk kepada apa yang dicita-citakan oleh individu sepanjang kehidupannya. Selain daripada itu, kerjaya juga merujuk kepada kerja dan tingkahlaku yang dilakukan oleh individu yang mengambil tempat sepanjang kehidupannya. Pemilihan kerjaya pada masa kini merupakan satu cabaran besar yang perlu dilalui oleh semua individu yang bakal menempuhi alam pekerjaan. Seringkali didengari rungutan pelbagai pihak tidak kira di media massa seperti televisyen dan akhbar, dan juga menjadi perbualan harian masyarakat Malaysia tentang masalah kekurangan pekerjaan yang terpaksa ditempuhi para graduan. Justeru, pemilihan program yang sesuai di universiti terutamanya sangat penting kepada para pelajar. Kesilapan membuat pilihan kursus yang kurang mempunyai peluang pekerjaan akan membuatkan para graduan terpaksa menganggur atau memilih kerjaya yang tidak sesuai dengan kelulusan.
Perkembangan kerjaya pula adalah satu proses yang formal, tersusun serta suatu usaha yang dirancang untuk mencapai keseimbangan antara keperluan kerjaya dan kehendak tenaga kerja. Ia juga merupakan satu mekanisme bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam suatu organisasi untuk masa kini dan masa datang. Dalam pemilihan kerjaya pula, Ginzberg menyatakan tentang 3 teori yang menggerakkan seseorang ke arah kerjaya yang menjadi pilihan sama ada kekal atau sementara dalam hidupnya. a) Accidential theory – di mana individu secara tidak sengaja atau sengaja menceburi kerjaya tersebut akibat dari sesuatu peristiwa, desakan, pengaruh atau kebetulan. b) Impulse theory – atas rasa hati atau emosi terhadap kerjaya yang dilihat, dibaca, diselidik atau dialami oleh individu lain yang signifikan dengannya. c) Bimbingan vokasional – hasil dari maklumat-maklumat kerjaya dari bahan-bahan sebaran, baucer, handouts dan lain-lain atau kaunselor kaunseling kerjaya.
Proses membuat keputusan adalah kompleks dan unik kepada setiap individu, bergantung kepada faktor kognitif dan struktur sosial individu. Dalam pada itu, individu menilai pemilihan mereka dengan menimbang nilai-nilai, minat, pencapaian dan pengalaman serta secara luarannya mendapatkan penerimaan dan perakuan dalam persekitaran pekerjaan. (Mohamed Fadzil Che Din dan Rashidah Dato’ Haji Omar, 2002).
DEFINISI
Kerjaya (career) merujuk kepada bagaimana individu melihat diri mereka dan hubungannya dengan apa yang mereka lakukan (Sharf, 1997). Ianya juga merujuk kepada apa yang dicita-citakan oleh individu sepanjang kehidupannya (Sharf, 1997). Cont process – sudah dan belum kerja… kuli… manager dsbg. Never ending .Menurut National Career Development – kerjaya adalah kerja dan tingkahlaku yang dilakukan oleh individu yang mengambil tempat sepanjang kehidupannya. Perkembangan kerjaya menurut Counseling Association ialah; “.. A total of constellation of psychological, sociological, educational, physical, economic and chance factors that combine to influence the nature and significance of work in the total of life span of any given individual” @ keseluruhan gabungan yang terdiri daripada psikologi, sosiologi, fizikal facility, building ekonomi dan factor peluang.
KAUNSELING KERJAYA
Merupakan proses menolong yang memfokuskan kepada kesedaran kendiri, minat, sikap yang melibatkan individu terlatih dan berlesen (Myrick, 1997, p.3). Kaunseling kerjaya juga bersangkutan aktiviti dengan proses menolong pelajar untuk memilih kerjaya sepanjang kehidupan. Melalui kaunseling kerjaya ia dapat melihat segala aspek keperluan individu di samping menjelaskan proses pembuatan keputusan kerjaya.
BIMBINGAN KERJAYA
Merupakan proses mendidik yang melibatkan maklumat-maklumat diberikan kepada pelajar dalam usaha untuk membantu pelajar bergerak maju secara progresif ke arah matlamat yang dicita-citakan. (Myrick, 1997, p.3.). Biasanya diberikan oleh pendidik profesional seperti guru dan kaunselor dan dibantu oleh sistem sokongan yang lain. (Myrick, 1997, p.3.). Jadi bimbingan kerjaya merupakan sebahagian daripada program bimbingan yang direka untuk menolong pelajar di dalam perkembangan kerjaya dan kaunseling kerjaya membabitkan sebahagian daripada program bimbingan yang melibatkan memberikan kaunseling kepada pelajar berkaitan perkembangan kerjaya.